Anda pernah rasa tertekan yang amat sangat dengan kerja sehingga anda tidak ada mood lagi hendak lakukan tugasan tersebut? Rasa macam hendak “give up” dan sentiasa “stress” sahaja bila hendak lakukan tugasan.
Tambahan, keadaan kesihatan sentiasa tidak menentu. Kepala akan terasa sakit, badan lesu, cepat marah, dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan kita rasa malas yang amat hendak pergi kerja.
Jika anda rasa seperti apa yang saya nyatakan di atas, anda sebenarnya sedang mengalami masalah “Burnout”. Apa benda pula nama “Burnout” ni?
Suatu ketika dahulu, saya pernah mengalami masalah “Burnout” ini sehingga saya hampir putus asa dengan kerjaya dan hampir membuat keputusan untuk berhenti kerja.
“Burnout” ini memang lah dari perkataan Bahasa Inggeris tetapi definisi dalam Bahasa Melayunya ialah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan kerja yang BERLEBIHAN dan berlaku dalam jangka masa yang panjang.
Kata mudah, kerja yang tak sepatutnya anda lakukan, terpaksa anda tanggung sehingga memaksa anda mengambil “Overtime” untuk bekerja. Tambahan, kerja-kerja tersebut tidak pernah habis! Ada sahaja yang mendatang sehingga anda terpaksa mengerah melebihi had keringat anda.
Menurut WHO, “Burnout” ini juga telah diklasifikasikan sebagai isu kesihatan mental dan perlu diambil perhatian yang serius supaya tidak melarat hingga timbul masalah kesihatan yang lain.
Jangan terkejut! dalam tidak perasan, jika anda anda mengalami masalah-masalah seperti apa yang saya nyatakan di atas, sebenarnya mungkin anda juga sedang mengalami tanda-tanda “Burnout”.
Jadi, bagaimana hendak mengenalpasti anda sebenarnya mengalami masalah “Burnout”? Ini antara 3 tanda yang anda boleh lihat pada diri anda:
1. Tanda “Burnout” pada tingkah laku
Tingkah laku atau sikap anda berubah dengan mendadak. Tiada lagi minat dalam bekerja. Anda akan cuba sedaya upaya untuk menolak tugasan diberikan oleh boss anda. Menjadi semakin tidak bertanggungjawab dan mula menangguhkan tugas sehingga mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
2. Tanda “Burnout” pada fizikal
Tahap kesihatan anda akan menurun. Anda akan sering merasa tidak sihat, terutama kerap sakit kepala, belakang dan otot. Ada masa anda akan mengalami gangguan dalam waktu tidur hingga menyebabkan keletihan yang melampau.
3. Tanda “Burnout” pada mental dan emosi
Ini sememangnya akan memberi impak yang agak besar dalam kehidupan anda. Emosi anda akan mudah terganggu. Sentiasa negatif dengan kata-kata orang lain dan menjadi cepat marah. Sekiranya ia tidak dikawal, boleh membawa kepada masalah dipresi yang teruk. Anda mula rasa tidak dihargai, selalu akan menyendiri dan sentiasa merasa kegagalan adalah perkara yang sentiasa diselubungi dalam kehidupan anda.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, adalah sebaiknya anda perlu ambil tindakan segera untuk mengawal keadaan tersebut supaya ianya tidak melarat. Kawal segala tugasana anda dan jangan terlalu memaksa. Jadualkan secara lebih efektif dan sekiranya anda perlu rehat, ambil sahaja cuti dan rehatkan minda sebaiknya.
P/s : Saya akan kongsikan cara mencegah masalah “Burnout” pekerjaan ini di posting yang akan datang.