Saya pasti, ramai di antara anda tertanya-tanya berapa sebenarnya gaji Safety and Health Officer (SHO)?
Sehingga topik tentang gaji SHO menjadi salah satu carian tertinggi di dalam Google!
Tidak kurang juga, saya yakin, anda turut terdengar diluar sana yang mengatakan dengan sijil SHO sahaja boleh dapat gaji yang memang ‘best’.
Ya.. memang tidak dinafikan…
Gaji yang diperoleh seorang SHO boleh mencecah ribuan ringgit. Dari serendah RM 2000 hinggalah ke belasan malah puluhan ribu ringgit!
Anda boleh lihat sendiri statistik purata gaji SHO yang saya ambil dari laman web jobstreet:
Lihat sahaja dari data di atas, pastinya semangat anda dah berkobar-kobar nak menceburi bidang ini.
Sabar dahulu…
Itu hanya data keseluruhan…
Realitinya, tahap gaji seorang SHO tetap bergantung kepada beberapa faktor asas seperti:
- PENGALAMAN yang diperolehi
- KEMAHIRAN yang ada, dan
- INDUSTRI yang diceburi.
Okay, memandangkan ramai juga yang bertanya saya tentang gaji SHO ini..
Posting kali ini, saya akan kongsikan sedikit sebanyak apa yang saya tahu tentang gaji seorang SHO mengikut faktor-faktor asas sahaja, seperti yang saya senaraikan di atas untuk anda jadikan sebagai panduan.
Tetapi sebelum saya pergi lebih lanjut:
Disclaimer:
Tahap gaji atau jumlah gaji yang dijelaskan adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman secara umum. Saya tidak jamin jumlah gaji yang diharapkan adalah seperti apa yang saya ulaskan di dalam artikel ini kerana ia adalah sangat subjektif.
Ia bukan sahaja bergantung kepada 3 faktor asas tersebut. Tetapi, pelbagai jenis faktor seperti situasi ekonomi negara, tangga gaji di dalam pasaran, tahap pendidikan, jenis syarikat dan lain-lain yang mempengaruhi gaji yang ditawarkan.
Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada senior atau orang yang berpengalaman, supaya anda boleh membuat analisa dan penilaian sendiri untuk mengetahui tahap kelayakan gaji yang patut diterima.
Baiklah, tahap gaji seorang SHO adalah berbeza mengikut faktor-faktor ini:
1. Pengalaman yang diperolehi
Mana-mana kerjaya pun, pengalaman adalah yang paling utama yang akan dilihat oleh majikan. Dari pengalaman jugalah, mereka akan menilai anda mengikut kesesuaian skop tugasan yang diperlukan, cara kerja anda dan seterusnya barulah menentukan jumlah gaji yang sesuai.
Lojiknya, lebih banyak pengalaman sudah tentu lebih besar gajinya.
Harus diingatkan, pengalaman di sini bukan lah pengalaman kerja yang anda ada dari sebelum menceburi bidang OSH. Pengalaman yang dikira ini mestilah pengalaman bekerja anda bermula dari anda menyandang tugas sebagai SHO.
Sebagai contoh:
“Anda mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kewangan di bank selama 3 tahun. Tiba-tiba terasa nak tukar angin untuk menukar bidang pekerjaan kepada Safety and Health Officer untuk tahun ke-4.
Dalam kes ini, pengalaman anda dalam bidang OSH dianggap masih fresh dan tiada pengalaman.”
Jadi, jangan keliru dengan pengalaman bekerja tersebut dan anda fikir boleh demand gaji dengan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas. Maaf anda perlu mula dulu dari bawah.
Baiklah,
Bagi memudahkan kefahaman anda, saya bahagikan tahap gaji Safety and Health Officer mengikut 3 fasa pengalaman dalam bidang OSH secara umum:
0 – 3 Tahun
Bagi yang masih baru, sama ada tiada atau sedikit pengalaman, mereka ini masih dianggap fresh dan dalam permulaan untuk memperoleh pengalaman bekerja dalam bidang ini.
Gaji yang biasa diterima pada tahap fresh ini adalah sekitar RM 2000 – RM 3500.
Jangan terkejut kalau ada syarikat yang bagi lebih rendah, ini adalah normal. Seperti yang saya maklumkan, ianya sangat subjektif. Ini adalah rezeki masing-masing..
Nasihat saya,
bagi yang masih baru dalam bidang ini, ambil peluang bekerja dulu. Jangan fikir nak kejarkan gaji yang ‘best’ sahaja.
Tempoh ini bukan masa untuk anda demand gaji lagi. Ini masa untuk menimba pengalaman secukupnya dan mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran kerja di masa akan datang.
Jadi, walau berapa pun yang diterima, niatkan diri untuk belajar sungguh-sungguh terlebih dahulu.
4 – 6 Tahun
Tahap ini sepatutnya anda sudah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi Safety and Health Officer (SHO) yang kompeten. Pada tahap ini juga, sepatutnya anda sudah pun memegang sijil kompetensi SHO atau Green Book.
Anda juga boleh dianggap senior dalam bidang ini dan sudah mula matang dalam menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Bersesuaian dengan pengalaman yang ada, tahap gaji yang sesuai bagi kumpulan pengalaman ini adalah RM 4500 – RM 6500 bagi yang belum ada sijil kompetensi SHO.
Manakala, untuk yang sudah mempunyai sijil kompetensi SHO, gaji yang layak diterima adalah sebanyak RM 5000 – RM 7500
Dalam tempoh ini, saya masih tidak galakkan untuk anda demand gaji lagi, kerana ini adalah waktu dimana majikan mula menilai cara kerja anda dengan teliti dan boleh dikatakan kerjaya SHO anda sedang meningkat mendadak.
Sebaiknya, anda perlu kukuhkan kepercayaan majikan terhadap anda dan bina reputasi anda di dalam industri.
Pastikan anda menjadi orang penting di dalam syarikat dan sentiasa dirujuk oleh syarikat tentang hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Namun,
Tidak salah juga jika anda hendak cuba demand gaji anda. Sama ada di tempat kerja yang sama ataupun tempat kerja yang berlainan, jika kena pada tempatnya, Ins Sha Allah adalah hasilnya. Lebih-lebih lagi dapat majikan yang baik.
“Tidak cuba mana nak tahu kan…
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam”
Masing-masing punya rezeki sendiri..
Tetapi bergantung pada anda, kalau anda minta pendapat saya, sabar sahaja sikit lagi dan cukupkan pengalaman lebih 7 tahun keatas.
7 Tahun ke atas
Waktu ini, boleh dikatakan adalah waktu kemuncak kerjaya anda sebagai SHO. Biasanya yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun keatas sudah boleh memegang jawatan pengurus atau manager.
Anda kalau nak demand gaji, tahap ini lah adalah masa yang terbaik.
Pengalaman sudah penuh di dada, dan anda sendiri boleh menilai gaji yang sesuai yang layak diterima.
Secara purata, bagi SHO yang mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun, gaji yang layak diterima adalah dalam lingkungan RM 8000 – RM 10,000.
Macam mana? Best kan gaji Safety and Health Officer ni..
Tetapi,
Harus diingatkan, tahap gaji yang saya jelaskan ini, bukan semata-mata pengalaman sahaja. Ia tetap dipengaruhi oleh faktor-faktor yang seterusnya.
2. Kemahiran yang ada
Bekerja sebagai SHO, kemahiran-kemahiran tambahan turut main peranan untuk menaikkan lagi nilai yang ada pada seorang SHO.
Sekaligus, ia turut mempengaruhi gaji yang layak untuk diterima oleh seorang Safety and Health Officer (SHO).
Walau bagaimanapun,
Ia tiada penanda aras untuk menetapkan tahap jumlah gaji yang layak diterima.
“Maksud di sini ialah, gaji SHO itu tidak bergantung semata-mata dengan banyaknya sijil kemahiran yang anda ada. Ianya perlu dinilai bersama dengan jumlah pengalaman di dalam industri, terutamanya dalam bidang OSH.”
Secara asas,
SHO yang kompeten wajib hadir latihan-latihan kemahiran berterusan dengan tujuan untuk kumpulkan Continous Education Point (CEP) sebagai memenuhi syarat untuk mengekalkan status kompetensi SHO.
Latihan-latihan kemahiran tersebut bukan sahaja untuk kumpulkan mata, tetapi yang paling penting adalah ilmu pengetahuan yang dapat belajar dan dimanfaatkan dalam pekerjaan.
Selain itu, kemahiran lain yang bukan berkaitan dengan OSH seperti kemahiran teknikal kerja yang berkaitan, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain, boleh menjadi satu kelebihan untuk dijadikan point untuk demand gaji.
“Saya akan kongsikan berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tambahan ini di posting yang akan datang.”
Umumnya,
Lebih banyak kemahiran yang anda ada, lebih banyak nilai yang anda boleh bawa semasa menjalankan tugas sebagai SHO.
Yang paling majikan suka, ialah SHO yang dapat “menyelesaikan pelbagai masalah” berkenaan dengan OSH di dalam syarikat.
Sebab itulah pentingnya ilmu-ilmu kemahiran ini kepada anda dan syarikat anda bekerja. Bila majikan dah suka, anda nak minta naik gaji pun senang hati.
3. Industri yang diceburi
Selain dari kedua faktor yang sudah saya jelaskan di atas, faktor pemilihan industri juga adalah penting kerana..
Setiap industri mempunyai tahap bahaya dan risiko yang berbeza. Maka bayaran gaji untuk seorang Safety and Health Officer (SHO) turut bergantung dengan industri mana yang anda hendak bekerja.
Lihat data dari laman web jobstreet dibawah:
Secara purata, anda boleh lihat, gaji SHO di dalam industri oil and gas adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji SHO yang bekerja di dalam industri yang lain.
Tidak dinafikan, memang ramai SHO yang berebut-rebut untuk menempah nama ke dalam bidang oil and gas. Tetapi harus diingatkan, walaupun gaji nya tinggi, pengorbanan yang harus mereka lalui juga setimpal dengan bayarannya.
Bukan sahaja pekerjaan yang agak berisiko tinggi, malah perlu tinggalkan keluarga untuk bertugas dilautan selama berbulan-bulan demi mencari rezeki.
Bukan semua yang boleh terima hakikat bekerja seperti itu. Jadi, tanyalah diri sendiri terlebih dahulu, adakah anda sanggup membuat pengorbanan yang besar untuk gaji yang besar?
Pengalaman saya memang dari industri oil and gas, dan Alhamdulillah saya telah melalui fasa-fasa tersebut. Apa yang saya boleh katakan ianya berbaloi dan setimpal dengan pengorbanan yang anda perlu lakukan.
Yang penting, jalankan tanggungjawab sebaiknya dan kita serahkan kepada Allah S.W.T untuk menjaga ahli keluarga kita.
Baiklah,
Memandangkan saya mempunyai pengalaman di dalam industri oil and gas, anda mahu tak saya kongsikan berapa tangga gaji paling tinggi seorang SHO yang bekerja di industri ini?
Nak tahu berapa?
Gaji seorang SHO dalam industri oil and gas paling maksimum yang saya tahu boleh mencecah sehingga RM 20,000 – RM 30,000!
Wow! Lumayan bukan?
Malah ada juga lebih dari itu dan dibayar dengan matawang USD lagi…
Tetapi,
Ianya bergantung dengan syarikat mana yang anda bekerja. Syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Shell dan lain-lain, pastinya mempunyai pakej gaji yang lebih menarik.
Namun,
Bagi SHO yang bekerja di dalam industri lain, jangan rasa dianak-tirikan pula. Masing-masing punya rezeki sendiri dan paling penting tanggungjawab kita bersama sebagai Safety and Health Officer untuk memastikan tempat kita bekerja sentiasa selamat.
“Lain industri, lain risiko yang perlu dihadapi. Bebanan kerja yang perlu ditanggung juga adalah berbeza. Maka sudah pasti pakejnya juga berbeza..”
Kesimpulan
Secara kesimpulan, kerjaya sebagai Safety and Health Officer memang memberikan gaji yang agak lumayan.
Saya pasti, selepas baca sahaja posting saya ini, anda dah mula mencari-cari tempat latihan yang menawarkan kursus SHO.
Jika anda sudah berniat hendak menceburi kerjaya sebagai SHO, anda boleh baca posting saya sebelum ini tentang langkah-langkah untuk memulakan kerjaya sebagai Safety and Health Officer (SHO).
Walau bagaimanapun..
Harus di ingatkan sekali lagi, tahap gaji yang layak diterima semuanya bukan bergantung kepada 3 faktor asas ini sahaja. Terdapat juga faktor-faktor lain juga turut mempengaruhi keputusan pihak majikan untuk menawarkan gaji yang sepatutnya.
Sebelum saya mengakhiri perkongsian saya kali ini, saya ingin membuat sedikit pesanan supaya menjadi peringatan untuk kita bersama..
“Jadikan pekerjaan itu sebagai amal ibadah anda. Jangan sibuk kejarkan wang ringgit sampai terlupa tanggungjawab utama kita sebagai Safety and Health Officer (SHO). Bersungguh-sungguh lah dalam melaksanakan tugas..”
Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada anda semua.
Assalamualaikum tuan. Sy ingin tanya pendapat tuan. Sy mempunyai pengalaman 9 tahun menjadi Environmental Officer di salah satu firma jururunding alam sekitar (environmental consultant) di Sabah. Awal Mac 2023 ni sy mengikuti kursus SHO dan ingin tukar bidang kerja nanti sebagai SHO. Adakah pengalaman sy ni boleh dikira masuk atau masih tergolong fresh?? Terima kasih
When you are young, work to learn, not to earn. – Robert Kiyosaki
Tapi jangan sampai tak boleh keperluan asas (makan, pakaian, tempat tinggal) pun dipinggirkan.
Klau sy berminat nk ambil khusus nie.. peluang pekerjaan di industri mana
Mana-mana industri yang memerlukan SHO. Boleh baca artikel saya yang ini 10 Jenis Industri Yang Wajib Mengambil SHO bekerja