Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya Shahrul Reza. Saya adalah seorang Occupational Safety and Health (OSH) Professional yang mempunyai sijil kompetensi Safety and Health Officer (SHO – HQ/19/SHO/00/02151).
Allah S.W.T telah melorongkan rezeki saya untuk berkhidmat dalam industri minyak dan gas sejak tahun 2011 sehingga sekarang.
Antara projek-projek yang pernah saya terlibat secara langsung termasuklah projek yang dikendalikan oleh syarikat ternama seperti PETRONAS dan SHELL.
Latar Belakang
Saya merupakan anak jati Selangor.
Sebelum ini pernah menetap di Kota Kinabalu, Sabah selama 3 tahun kerana salah satu projek yang saya terlibat memerlukan saya untuk menetap di sina.
Sekarang Alhamdulillah, saya dah kembali berkhidmat semula di negeri kelahiran Selangor.
Saya mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan di Klang dan Shah Alam. Kemudian, melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka dan seterusnya di UiTM Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
Background Engineer, kenapa pilih kerjaya OSH?
Bermula dengan dengar-dengar dari senior-senior dan orang sekeliling. Katanya kerjaya Safety and Health Officer (SHO) ini gajinya lumayan.
Ya, saya pun seperti anda tertarik dengan kisah-kisah inspirasi orang-orang yang berjaya dalam bidang OSH ini terutama bab gajinya.
Siapa tidak mahu gaji besar bukan?
Tetapi,
Setelah hampir 9 tahun dalam bidang OSH, baru lah saya sedar kenapa OSH Professional memang dibayar dengan gaji yang besar.
Bak kata orang:
“The greater the responsibility, the greater the reward” – Marshall Slyver
Secara dasarnya, kerjaya sebagai OSH Professional ini memang penuh cabaran dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan tugas.
Mula kerjaya sebagai OSH Practitioner
Tamat sahaja pengajian saya di UiTM, saya mendapat tawaran bekerja sebagai Graduate Engineer Health, Safety and Environment (HSE) di salah sebuah syarikat kontraktor minyak dan gas yang berpusat di Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal kerjaya, saya banyak diberi tugasan di luar kawasan seperti di Labuan dan Sarawak. Saya juga diberi peluang untuk bertugas di pelantar-pelantar minyak di sekitar perairan Miri, Sarawak.
Sepanjang bertugas, banyak pengalaman pahit dan manis telah saya lalui. Segala pengalaman tersebut banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengajaran untuk sampai ke tahap dimana saya berada sekarang.
Batu loncatan kerjaya
Tahun 2015 merupakan tahun lonjakan kerjaya saya dalam bidang OSH. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan penuh untuk menerajui pasukan HSE ketika terlibat dengan projek SHELL pada ketika itu.
Dan dari situ juga, kebolehan saya dalam memimpin dan bakat dalam menguruskan pasukan diiktiraf oleh majikan, rakan sekerja dan juga pihak client.
Sepanjang bertugas, saya juga terlibat secara tidak langsung dalam penambah-baikkan sistem OSH syarikat untuk memudahkan operasi syarikat dan projek yang dikendalikan.
Antara sistem dan proses operasi syarikat yang pernah saya bangunkan atau tambah-baik ialah:
- Sistem laporan OSH yang sistematik serta standard.
- Sistem perkongsian data dan sumber maklumat melalui cloud computering.
- Ringkasan prosedur atau panduan OSH syarikat bagi memudahkan pekerja yang mempunyai tahap pendidikan rendah dapat difahami serta diamalkan.
- Sistem Emergency Response syarikat
- Sistem pengurusan operasi seperti pengurusan PPE, pengurusan keselamatan dan kesihatan sumber manusia (latihan dan kebajikan).
Sebahagian sistem-sistem yang saya bangunkan ini masih digunapakai oleh junior-junior di dalam syarikat yang pernah saya berkhidmat.
Dengan portfolio yang sedia ada, saya terus diberi kepercayaan oleh pihak syarikat dan client untuk menerajui pasukan HSE bagi projek-projek yang lain.
Semasa bertugas, saya sentiasa memegang prinsip:
“Mudahkan urusan orang lain, Allah akan bantu mudahkan urusan kita”
Kalau nak diikutkan, memang saya tidak jangka kerjaya saya akan naik begitu cepat.
Orang kata rezeki itu memang tak pernah salah alamat. Kita hanya laksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa seronok dengan tugasan yang diamanahkan. Selebihnya, biarlah Allah aturkan yang terbaik untuk diri kita.
Memang kerjaya Safety and Health Officer (SHO) ini banyak cabaran nya, tetapi jika mempunyai minat mendalam dan passion dalam bidang ini, apa yang diimpikan pasti tercapai.
Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sentiasa memberi bimbingan dan semangat untuk sentiasa mengambil peluang dan mencabar diri supaya dapat menjadi lebih baik. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar darinya saya berjaya capai ke tahap sekarang.
Tidak lupa juga pada keluarga dan rakan-rakan lain yang sentiasa memberi sokongan.
Misi menyampaikan ilmu
Buat masa ini, saya sedang giat menyampaikan ilmu-ilmu tentang Occupational Safety and Health (OSH) di syarikat yang saya bertugas sekarang. Sama ada dalam kumpulan kecil atau pun dengan skala seminar yang besar.Saya juga memasang matlamat untuk menjadi seorang trainer atau speaker berkenaan dengan OSH satu hari nanti.
Blog sebagai platform perkongsian ilmu
Sepanjang saya bertugas, saya dapat perhatikan yang ilmu pengetahuan tentang OSH dikalangan pekerja masih tidak berada di tahap yang memuaskan.
Saya percaya, ramai rakan-rakan OSH Professional seperjuangan saya sedang giat berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Tambahan pula, Zaman sekarang memang ramai yang dahagakan ilmu.
Zaman teknologi sekarang memberikan akses kepada ilmu pengetahuan yang banyak.
Tetapi banyak mana pun ilmu tersebut, jika penyampaiannya tidak efektif atau tidak sampai ke hati orang yang menerima pun tidak berguna juga.
Jadi, sedikit berbeza dengan yang lain. Saya akan cuba sebaik yang boleh untuk menyampaikan dengan cara yang mudah difahami, simple dan lebih dekat dihati bagi orang yang menerima ilmu tersebut.
Justeru,
Dengan pengetahuan tambahan saya dalam pembangunan laman web, saya menjadikan laman blog ini sebagai titik permulaan saya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tentang OSH dan sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup saya serta motivasi diri.
Saya sahabat anda
Akhir kata,
Saya tidaklah anggap saya ini seorang pakar dalam bidang OSH atau pun motivasi. Saya masih lagi belajar dan sentiasa dahagakan ilmu-ilmu pengetahuan dari otai-otai OSH dan mentor-mentor yang jauh lebih hebat dari saya.
Saya hanyalah seorang sahabat yang inginkan kebaikan di dunia dan akhirat dengan menjadi seorang manusia yang bermanfaat kepada anda dan juga orang lain.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.” – H.R. Ahmad
Saya akan cuba sebaiknya untuk sentiasa kemaskini laman blog ini dan menyampaikan seberapa sebanyak ilmu pengetahuan yang saya ada walaupun sedikit.
Ins Sha Allah.
Terima kasih kepada anda yang mengambil masa untuk menziarahi laman blog saya. Semoga ianya memberi manfaat dan inspirasi buat anda.
Ikhlas,
Shahrul Reza
Email : shahrulreza09@gmail.com
Facebook : Shahrul Reza
Instagram : @shahrulreza