Anda ingin menceburi kerjaya Safety and Health Officer (SHO) tapi, anda tidak tahu bagaimana hendak bermula?
Puas dah google cara, tapi masih tak pasti yang mana satu nak ikut?
Jangan tekan butang ‘x’ / back kerana anda sekarang berada di laman blog yang tepat.
Panduan ini saya kongsikan kepada anda yang baru hendak berjinak-jinakkan diri dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH) atau Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
Tapi sebelum itu:
Untuk menjadi seorang SHO, anda mesti mempunyai minat yang mendalam dan passion dalam bidang ini.
Jika tidak kerana kedua-dua sebab ini,
anda tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut.
Jom, set kan minda anda sekarang dan ikuti 3 cara ini untuk mulakan kerjaya anda sebagai Safety and Health Officer (SHO):
Isi Kandungan
Cara 1: Melalui kursus sijil Safety and Health Officer (SHO)
Langkah pertama setiap perjalanan SHO ialah belajar tentang asas Occupational Safety and Health (OSH).
Cara paling biasa dan popular yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan mengambil Kursus sijil SHO.
Langkah 1: Daftar dan ikuti Kursus Sijil SHO
Mana nak daftar kursus SHO?
Anda boleh daftar kursus SHO di mana-mana cawangan NIOSH Malaysia.
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) adalah pusat latihan yang telah diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) atau bahasa Inggeris nya, Department of Occupational Safety and Health (DOSH).
Selain dari NIOSH, terdapat juga beberapa pusat latihan lain yang menawarkan kursus latihan SHO.
Antaranya:
Dan lain-lain.
Harus diingatkan juga, di luar memang banyak pusat-pusat latihan yang menawarkan kursus SHO. Ada yang menawarkan harga yang sangat tidak masuk akal murahnya!
Tetapi,
Pastikan pusat latihan yang menawarkan kursus SHO itu diiktiraf oleh pihak DOSH.
Jika tidak pasti, anda boleh dapatkan senarai lengkap pusat-pusat latihan tersebut di link ini — Senarai Pusat Latihan Kursus SHO
Secara am:
Kursus SHO mengambil masa selama 22 hari.
NIOSH menawarkan 3 jenis mod pembelajaran yang boleh dipilih, sama ada secara Full Time, Part Time atau mengikut Modul.
Pilihan mod pembelajaran ini memudahkan setiap orang, termasuk golongan sedang bekerja yang berminat untuk mengikuti kursus ini secara Part Time
Namun,
Bagi pusat-pusat latihan lain, anda boleh rujuk sendiri dengan pusat latihan tersebut.
Apa syarat kelayakan untuk mengikuti kursus SHO?
Anda yang memiliki SPM pun sudah layak untuk mengikuti kursus ini tetapi haruslah menepati syarat kelulusan minimum yang telah ditetapkan:
- 6C — subjek Bahasa Melayu, English, Matematik
- 8E — Sains/ Fizik/Kimia/ Biologi
- Lulus 2 lagi subjek lain.
Bagaimana pula pada anda yang berminat dengan bidang kerjaya SHO tetapi mempunyai Diploma atau Degree dalam bidang selain dari OSH? Boleh ke anda ikuti kursus ini?
Boleh, tiada masalah!
Semasa pendaftaran, lampirkan sahaja sijil pelajaran tertinggi anda.
Saranan saya:
Jika anda tidak pasti sama ada anda layak atau tidak…
Anda boleh hubungi terus pihak NIOSH atau pusat-pusat latihan tersebut sendiri untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Berapa harga yuran kursus SHO?
Bergantung pada pusat-pusat latihan itu sendiri.
Biasanya, harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM 2,000 ++ ke RM 4000 ++ dan jumlah ini tidak termasuk dengan yuran peperiksaan (RM950).
Yuran kursus adalah standard bagi mana-mana cawangan NIOSH tetapi bagi pusat-pusat latihan lain, ianya berbeza-beza.
Sebaiknya, anda rajin-rajinkan lah diri buat survey…
Tentukan sendiri di mana anda mahu ikuti kursus ini dan bertepatan dengan bajet anda.
Langkah 2: Lulus Peperiksaan Safety and Health Officer (SHO)
Alhamdulillah, anda telah berjaya menamatkan kursus SHO dengan jayanya. Anda akan dianugerahkan dengan Sijil kehadiran kursus SHO.
Yes, boleh lah guna sijil ini untuk mohon kerja!
Rileks… Jangan terburu-buru!
Itu baru sijil kehadiran.
Sebaiknya:
Anda mohon untuk bekerja dan dalam masa yang sama daftarkan diri untuk menduduki peperiksaan SHO.
Kerana, ada satu paper yang memerlukan anda untuk bekerja bagi membolehkan anda lulus peperiksaan SHO.
Anda boleh daftar untuk menduduki peperiksaan SHO di NIOSH.
Peperiksaan SHO merangkumi 4 paper:
- Paper 1 — Modul 1 & 2
- Paper 2 — Modul 3 & 4
- Paper 3 — Semua Modul
- Paper 4 — Semua Modul
— Saya ada jelaskan secara terperinci tentang kesemua paper di dalam posting 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peperiksaan SHO.
Tip:
Daftar duduki peperiksaan SHO dalam masa terdekat selepas tamat sahaja kursus SHO. Ini akan memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan dalam Paper 1,2 dan 3 kerana ilmu SHO masih fresh di dalam kepala. Lagi cepat, lagi bagus!
Perasan tak, saya tidak sebut pun tentang paper 4 dalam tip di atas?
Format Paper 4 berbeza dengan paper yang lain kerana:
Ia bukanlah seperti format soalan teori yang memerlukan kita menjawab di meja peperiksaan. Sebaliknya, struktur soalannya memerlukan anda untuk bekerja seperti SHO.
Tujuan utamanya adalah untuk membuat kajian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Oleh sebab itu, Paper 4 SHO ini dipanggil Workplace Assignment.
— Saya akan kupaskan lebih lanjut tentang Paper 4 SHO di posting yang akan datang.
Justeru,
Anda boleh buat pilihan sendiri yang mana anda ingin lakukan terlebih dahulu.
Nak kerja dahulu pun boleh…
Nak duduki peperiksaan untuk paper 1-3 dahulu pun boleh,
atau
nak lakukan serentak pun boleh. Ikut kemampuan diri anda.
Untuk pengetahuan anda:
Mendaftar dan menduduki peperiksaan SHO boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tetapi dengan syarat…
Apa syaratnya?
Anda wajib menduduki peperiksaan SHO dalam tempoh 3 Tahun selepas tarikh tamat kursus. Sekiranya anda gagal untuk menduduki peperiksaan dalam tempoh tersebut, anda terpaksa mengulang semula kursus SHO.
Ini telah dinyatakan di dalam surat makluman terkini dari pihak NIOSH.
Selain itu:
Selepas anda daftar sahaja untuk menduduki peperiksaan SHO, anda wajib habiskan dan lulus kesemua paper peperiksaan SHO dalam tempoh 2 tahun pula.
Dalam tempoh ini juga, anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana paper mengikut kesesuaian masa anda. Tetapi, wajib dalam tempoh 2 tahun tersebut.
Sebagai contoh:
Anda mendaftar untuk menduduki peperiksaan SHO pada bulan May 2020. Anda boleh ambil Paper 1 & 2 dahulu pada bulan Ogos 2020.
Kemudian, anda bercadang untuk mengambil Paper 3 pada tahun hadapannya iaitu Januari 2021, kemungkinan anda belum bersedia atau disebabkan komitmen kerja.
Paper 4 pula anda bercadang untuk ambil pada tahun seterusnya iaitu pada bulan Mac 2022.
Ya, anda boleh buat begini, asalkan tidak melebihi tempoh 2 tahun. Tetapi pada saya, ianya agak melecehkan. Kalau boleh, lepas daftar sahaja kita habiskan dan lulus dengan cepat kesemua paper tersebut. Lagi cepat habis azab, lebih cepat anda boleh mendaftar sebagai orang yang kompeten SHO.
Apa akan terjadi jika anda tidak sempat untuk habiskan atau lulus peperiksaan SHO selepas tamat tempoh 2 tahun?
Sijil kehadiran kursus SHO anda sudah lagi tidak sah dan anda terpaksa ulang semula kursus SHO. Ini kan sudah merugikan masa!
Bagaimana pula jika saya gagal dalam peperiksaan SHO?
Jika anda gagal, anda boleh ulang semula dengan mengambil paper yang gagal sahaja.
Yang penting, tempoh ulang semula mengambil paper yang gagal adalah dalam tempoh 2 tahun itu juga dan jumlah maksimum ulangan yang anda boleh duduki semula ialah sebanyak 4 kali sahaja.
Jika anda gagal untuk yang kali ke-5 ulangan peperiksaan tersebut, sijil kehadiran kursus SHO anda akan terbatal serta-merta dan anda terpaksa mengulang semula kursus SHO.
Jadi, pandai-pandai lah anda uruskan diri.
Langkah 3 : Pengalaman bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health selama 3 tahun
Perjalanan untuk menjadi Safety and Health Officer (SHO) yang kompeten tidak akan lengkap tanpa pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH).
Ya, anda harus bekerja 3 tahun dahulu baru lah anda boleh mohon untuk menjadi Orang Yang Kompeten (OYK) SHO.
Buat masa ini, anda belum lagi boleh digelar sebagai SHO. (Biasanya digelar sebagai Pengamal OSH atau OSH Practitioner)
Ingat lagi:
Saya ada terangkan tentang mohon kerja sambil mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan SHO sebelum ini di langkah 2?
Ini antara jawatan-jawatan entry-level untuk bidang OSH yang anda boleh mohon:
- Site Safety Supervisor
- Safety Technical Assistant
- Safety Promoter
Dan lain-lain.
Setiap jawatan ini mungkin berbeza namanya mengikut industri ataupun syarikat.
Apa yang anda perlu lakukan semasa bekerja?
Anda sudah belajar, dah tahu serba sedikit pengetahuan tentang OSH. Jadi, sekarang masanya untuk anda menjalankan tugas anda seperti SHO.
Sepanjang menjalankan tugas, anda harus kumpulkan segala laporan-laporan kerja anda untuk 3 tahun pengalaman.
Cukup sahaja 3 tahun pengalaman bekerja, sudah tiba masanya untuk anda ke langkah seterusnya.
Langkah 4: Mohon pendaftaran sebagai Safety and Health Officer (SHO)
Inilah langkah terakhir untuk melayakkan diri anda dipanggil Safety and Health Officer (SHO) yang kompeten.
Kalau zaman otai-otai SHO dulu, orang yang kompeten SHO ialah orang yang memiliki Green Book.
Tetapi, zaman digital sekarang,
Green Book sudah digantikan dengan sijil kompetensi digital yang dikeluarkan oleh pihak DOSH.
Terma Green Book masih digunapakai dalam industri sehingga kini walaupun tiada lagi Green Book fizikal.
Mulakan pendaftaran SHO anda di portal My KKP DOSH .
Anda perlu daftar akaun My KKP terlebih dahulu dan kemaskini maklumat diri sebelum membuat permohonan pendaftaran SHO.
Tapi sebelum itu:
Semasa proses pendaftaran, anda harus kumpulkan beberapa dokumen penting untuk dimuat naik kedalam sistem.
Ingat lagi saya pesan untuk kumpulkan laporan-laporan kerja anda sepanjang 3 tahun pengalaman di langkah 3?
Ini penting kerana:
Laporan-laporan ini adalah salah satu dokumen penting yang perlu dilampirkan untuk dijadikan sebagai bukti anda menjalankan tugas sebagai SHO.
Setelah selesai melengkapkan proses pendaftaran, anda hanya perlu tunggu sahaja maklum balas dari pihak DOSH tentang status permohonan anda.
Biasanya, proses ini mengambil masa lebih kurang 4 – 6 minggu bergantung kepada pegawai yang menguruskan permohonan anda.
Part yang ini, anda harus bersabar:
Memang proses ini mengambil masa sedikit. Anda sudah pun berusaha hingga ke tahap ini,
selebihnya, anda perlu berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T.
Ada juga situasi dimana, anda akan dipanggil oleh pihak DOSH untuk proses verifikasi atau temuduga.
Tetapi, jarang sekali saya dengar orang dipanggil untuk temuduga melalui proses permohonan ini.
Semasa saya membuat permohonan, Alhamdulillah, mudah sahaja dan tiada temuduga.
Yang penting, dokumen-dokumen yang diperlukan itu, mesti lah lengkap, kemas dan teratur.
— Saya akan kongsikan juga maklumat tentang pemohonan pendaftaran SHO ini dengan lebih lengkap di posting yang akan datang.
Alhamdulillah, jika mudah urusannya, permohonan anda akan diluluskan dan anda akan memperoleh sijil kompetensi digital Safety and Health Officer (SHO) seperti ini:

Tahniah! Anda sudah layak menggelarkan diri anda sebagai SHO!
Selain dari Cara 1 di atas, anda boleh juga ikuti Cara 2 ini untuk memulakan kerjaya sebagai SHO:
Cara 2: Melalui Diploma in Occupational Safety and Health (OSH)
Anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah jika anda berminat untuk menyambung pelajaran anda ke peringkat IPT di dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH):
Nota:
Kelayakkan minimum untuk mendaftarkan diri sebagai SHO bagi cara yang kedua ini adalah Diploma. Jadi saya gunakan kelulusan Diploma sebagai contoh untuk penjelasan cara ini.
Cara ini juga diguna pakai bagi yang mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda dan keatas. Jika anda mempunyai kelulusan lebih tinggi dari Diploma, anda wajib melalui proses yang sama dengan cara ini.
Langkah 1 : Daftarkan diri untuk mengikuti kursus Diploma in Occupational Safety and Health (OSH)
Mana nak daftar Kursus Diploma OSH?
Terdapat beberapa Kolej atau Universiti yang menyediakan kursus peringkat Diploma dalam OSH.
Antaranya:
Dan banyak lagi kolej yang menawarkan kursus Diploma ini.
Anda boleh pilih mana yang sesuai dengan anda, tetapi sekali lagi harus diingatkan…
Pastikan kolej yang anda pilih itu adalah diiktiraf oleh pihak JKKP atau DOSH
Anda juga boleh lihat senarai penuh di link ini. — Senarai pusat pengajian kursus OSH.
Secara am:
Kursus OSH peringkat diploma ini mengambil masa 2½ – 3 Tahun bergantung kepada kolej yang anda pilih.
Syarat kelayakan minimum ialah SPM:
- Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- 3 Kredit dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana subjek sains
Berapa yuran pengajian?
Saya tidak pasti tentang harga yurannya.
Tetapi apa yang saya tahu, ianya lebih mahal dari Kursus Sijil SHO. Maklumlah, nama pun Diploma.
Namun, bergantung juga dengan kolej pilihan anda.
Sebaiknya anda buat semakan sendiri dengan kolej-kolej yang berkaitan supaya anda boleh memperoleh maklumat yang lebih jelas.
Langkah 2 : Belajar dan lulus kursus Diploma OSH
Sudah daftarkan diri? Lakukan seperti pelajar-pelajar Diploma lain.
Belajar bersungguh-sungguh dan pastikan anda peroleh Diploma yang anda harapkan.
Tip penting:
Mana-mana kursus Diploma, pasti ada satu semester yang memerlukan anda menjalani latihan praktikal di syarikat-syarikat.
Jika anda berjaya menempatkan diri dalam mana-mana syarikat tersebut untuk latihan praktikal,
Nasihat saya, anda belajar lah bersungguh-sungguh dan tunjukkan bakat anda dalam bidang kerjaya Occupational Safety and Health (OSH).
Rajin-rajin lah bertanya dan belajar dengan senior dalam syarikat tersebut. Ins Sha Allah ramai yang sudi mencurahkan ilmu mereka kepada anda.
Ada rezeki, majikan akan serap terus dalam syarikat sebagai pekerja sepenuh masa.
Langkah 3 : Pengalaman bekerja dalam bidang Safety and Health selama 3 tahun
Langkah ini sama seperti yang diterangkan di Bahagian Cara 1.
Beza nya, anda tidak perlu menduduki Peperiksaan SHO kerana Sijil Diploma anda itu sudah memadai.
Anda boleh skroll ke atas untuk kembali ke Langkah 3 di dalam Bahagian Cara 1.
Ataupun anda boleh klik sahaja link ini untuk terus ke bahagian tersebut — Pergi ke Bahagian Cara 1, Langkah 3
Langkah 4: Mohon pendaftaran sebagai Safety and Health Officer (SHO) dan lulus temuduga DOSH
Seperti di Bahagian Cara 1, Langkah 4,
Anda perlu daftar akaun anda di dalam portal My KKP DOSH terlebih dahulu.
Kemudian mohon pendaftaran SHO dengan mengemaskini maklumat-maklumat peribadi. Lampirkan juga laporan-laporan kerja sebagai bukti anda telah menjalankan tugas seperti SHO di tempat kerja.
Pastikan dokumen-dokumen yang wajib dilampirkan semasa proses permohonan adalah lengkap dan teratur.
Selepas selesai membuat permohonan:
Anda perlu tunggu sehingga mendapat maklumbalas dari pihak DOSH.
Proses ini juga akan mengambil masa lebih kurang 4-6 minggu, bergantung kepada pegawai yang menyemak permohonan anda.
Berbeza dengan cara 1 iaitu melalui kursus sijil SHO,
Untuk lepasan Diploma OSH, anda perlu menghadirkan diri ke temuduga bersama DOSH setelah mendapat maklumbalas.
Saya tidak pernah melalui pengalaman temuduga ini.
Buat masa sekarang saya tiada tip untuk lulus temuduga tersebut untuk dikongsikan.
Ins Sha Allah, saya akan cuba dapatkan beberapa maklumat dari sumber-sumber yang boleh saya peroleh berkenaan dengan temuduga tersebut. Cukup maklumat, saya akan kongsikannya di dalam artikel akan datang.
Sekiranya selesai semua proses dan anda telah lulus temuduga tersebut,
Anda akan memperoleh sijil kompetensi Digital seperti yang ditunjukkan sebelum ini.
Tahniah! sekarang anda boleh menggelarkan diri anda sebagai SHO!
Bagaimana pula jika anda langsung tidak berkesempatan untuk mendaftarkan diri atau mengambil peperiksaan SHO, selepas betahun-tahun bekerja?
Jangan risau,
Anda boleh ikuti Cara 3 di bawah ini dengan menimba 10 tahun pengalaman dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH):
Cara 3: Melalui 10 tahun pengalaman dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH)
Biasanya, bagi Cara 3 ini, jarang dipilih oleh ramai orang kerana ia mengambil masa yang lama untuk mendaftarkan diri sebagai SHO.
Justeru,
Ia bukanlah cara yang digalakkan, kerana kebanyakkan industri sekarang memerlukan orang yang mempunyai sijil kompetensi SHO.
Peluang untuk anda pindah ke tempat kerja lain pun agak sukar jika hendak dibandingkan dengan orang yang mempunyai sijil kompetensi atau yang sudah pun lulus peperiksaan SHO.
Apatah lagi untuk dinaikkan gaji!
Kalau ditanyakan pada saya, cara 1 adalah pilihan yang lebih mudah dan sesuai.
Itu pun bergantung pada sesetengah orang:
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadi kekangan untuk mendaftarkan diri.
Contohnya, kekangan dari segi kewangan, pengurusan masa dan sebagainya.
Apa-apa pun, cabaran yang dihadapi ataupun pilihan yang dibuat, pastikan anda berusaha juga untuk mendaftarkan diri sebagai SHO.
Jika tidak, anda telah merugikan masa sahaja kerana sepanjang pengalaman anda dalam bidang OSH.
Selagi anda tidak berdaftar dengan DOSH, selagi itu anda tidak akan diiktiraf sebagai SHO.
Ikuti langkah-langkah ini sekiranya anda memilih untuk menjadi SHO dengan pengalaman kerja selama 10 tahun:
Langkah 1: Belajar bidang Occupational Safety and Health (OSH)
Sama seperti di awal artikel ini, ilmu asas tentang OSH perlu dipelajari terlebih dahulu.
Jadi, anda wajib juga belajar dengan ikuti kursus sijil SHO di NIOSH atau pusat-pusat latihan yang menawarkan kursus SHO dan diiktiraf oleh DOSH.
Atau
Anda boleh sambung pelajaran anda dalam Diploma OSH dengan mana-mana kolej yang diiktiraf oleh DOSH.
Maklumat bagi langkah 1 ini, anda boleh rujuk sendiri dalam setiap langkah 1 bagi Bahagian Cara 1 atau 2 sebelum ini.
Langkah 2: Bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH)
Setelah mendapat sijil kehadiran kursus SHO, anda perlu bekerja dalam bidang OSH selama 10 tahun.
Sepanjang anda menjalankan tugas, segala laporan atau dokumen penting perlu di simpan untuk dijadikan sebagai bukti lampiran semasa pendaftaran SHO.
Peringatan:
Jika anda memilih untuk mendaftar SHO dengan cara ini, anda harus kumpulkan segala bukti pekerjaan anda sepanjang anda bertugas iaitu selama 10 tahun. Berbanding dengan cara 1 dan 2 iaitu selama 3 tahun.
Sekarang, pastinya anda sudah tahu yang mana satu mudah untuk anda daftarkan diri sebagai SHO bukan?
Langkah 3: Mohon pendaftaran sebagai Safety and Health Officer (SHO) dan lulus temuduga DOSH
Bagusnya cara 3 ini ialah anda tidak perlu ambil peperiksaan SHO. Anda boleh terus mohon pendaftaran SHO setelah cukup 10 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
Langkah ini sama seperti langkah memohon mendaftar sebagai SHO dalam Bahagian Cara 2. — Lihat Bahagian Cara 2, Langkah 4
Alhamdulillah, jika selesai semua urusan, anda akan memperoleh sijil kompetensi digital SHO.
Bezanya, ia mengambil masa yang agak panjang sedikit berbanding dengan Cara 1 ataupun 2.
Kesimpulan
Anda boleh pilih antara 3 cara ini untuk menjadi SHO yang sah.
Mana-mana cara pun boleh, asalkan bersesuaian dengan bajet, masa dan kemudahan anda.
Anda sendiri tentukan hala tuju kehidupan dan kerjaya anda.
Sebagai nasihat tambahan:
Pada zaman sekarang, saingan antara orang lain untuk jawatan SHO di dalam industri-industri semakin hari semakin mencabar.
Ramai orang sudah celik mata dalam kerjaya sebagai SHO. Menjadikan bidang kerjaya ini semakin kompetitif.
Oleh itu,
Anda harus berusaha lebih gigih untuk memperoleh tempat dalam industri sebagai Safety and Health Officer (SHO).
Jangan risau jika anda gagal pada permulaan.
Yang penting, anda perlu sentiasa berusaha dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan anda untuk menjadi seorang SHO yang hebat dan berjaya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada anda dan…
Selamat maju jaya dalam memulakan kerjaya anda sebagai Safety and Health Officer (SHO)!

Assalamualaikum . Nama saya Mohd Shafiq . Saya sekarang sudah ada sijil diploma dalam bidang Electrical Engineering dan degree Electrical Engineering ,saya sekarang berkerja sebagai Site Engineer dan berhasrat untuk mendaftarkan diri sebagai SHO. Adakah saya perlu mengikuti kursus OSH lagi? dalam 2-3 tahun? saya dah habiskan masa 6 tahun sampai degree. Atau adakah cara yg lebih pantas untuk dapatkan , jikalau saya tengah kerja sekarang? Saya agak keliru sedikit dengan step yang mana sudah ada diploma dan degree .
Waalaikumsalam Shafiq,
Terima kasih atas pertanyaan Shafiq. Step yang sudah ada diploma atau degree tu hanya untuk yang mengambil Diploma atau Degree dalam Bidang OSH sahaja. Dalam kes Shafiq ni, lebih kurang kes seperti saya. Saya background Mechanical dan saya memang ikuti cara yang pertama sehingga saya peroleh sijil kompeten SHO saya.
Jadi, Tiada jalan pantas yang saya boleh cadangkan, Shafiq memang kena ikut Cara yang PERTAMA. Shafiq wajib ambil kursus SHO dan lulus exam SHO. Kemudian kena bekerja dan mempunyai pengalaman 3 tahun sebagai pengamal OSH atau bekerja dalam bidang safety.
Saya faham, bagi sesetengah orang memang agak lama untuk lakukan dari mula, dan kena dapatkan pengalaman lagi 3 tahun. Tetapi, memang tiada cara lain, dan ini lah pengalaman yang saya lalui juga. Ins Sha Allah, minat dah ada, kena rajin usaha sahaja dan jangan patah semangat.
Harap saya dapat menjawab persoalan Shafiq dan saya mendoakan moga hasrat Shafiq untuk menjadi orang yang kompeten SHO menjadi kenyataan.
Terima Kasih.
salam..saya pernah ambil sijil sho pada tahun 2013 tetapi gagal hanya paper 4 sahaja. selepas 2 tahun saya gagal untuk lulus paper 4. Pada 2017 saya telah megambil sijil sss dan telah menjadi sss dengan pegalaman selama 8 tahun dalam bidang OSH. adakah saya layak untuk upgrade ke sho sekiranya saya perlu tunggu 2 tahun lagi dengan pengalaman 10tahun?
Waalaikumsalam Tuan Fathuddin,
Terima kasih atas pertanyaan. Soalan Tuan “Adakah saya layak untuk upgrade ke SHO sekiranya saya perlu tunggu 2 tahun lagi dengan pengalaman 10tahun?”. Jawapannya, YA Tuan layak untuk upgrade ke SHO, dengan syarat kena kumpulkan bukti-bukti kerja tuan sebagai pengamal OSH, sebaiknya bagi setiap tahun pengalaman bekerja Tuan iaitu selama 10 Tahun. Kemudian daftarkan diri untuk apply OYK SHO dan tunggu untuk dipanggil temuduga.
Saya harap penerangan saya dapat menjawab persoalan Tuan,
Terima Kasih.
Salam sejahtera Tuan,
Sekiranya saya ambil kursus 3S dan pertanyaan saya adakah 3S relevant bkrja di industri kilang
Waalaikumsalam Tuan Pura Agong,
Terima kasih atas pertanyaan tuan, seperti yang dibincangkan di dalam Facebook chat, 3S lebih banyak diperlukan di tapak-tapak pembinaan. Untuk kilang-kilang bukan bermakna tidak relevant, pengisian kursus masih boleh diguna pakai sebagai ilmu tuan untuk menjalankan tugas di bahagian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Harap saya dapat menjawab persoalan-persoalan tuan, termasuk di dalam Facebook chat.
Terima Kasih.
Salam.. Saya nak tanya.. Saya 0 knowledge dalam safety.. Saya cuma Ada sijil Spm sains tulen Dan sambung sampai Stpm (kesusasteraan) sahaja.. Saya Ada lihat tuan Ada balas 1 comment Di mana tuan tidak menggalakkan Dia untuk ambik 3s (site safety supervisor).. Adakah 3s tidak relevant dalam industry sekarang?? Kebetulan saya tengah mengikuti khusus 3s Selama 1 tahun Di Ranaco Kemaman Di bawah PTPK.. Dan bagaimana pula peluang pekerjaan untuk khusus 3s macam saya ini??
Waalaikumsalam Fareadz,
Terima kasih atas pertanyaan Fareadz. Ini jawapan saya:
1. Adakah 3S tidak relevant dalam industri sekarang?
3S masih relevant dan masih diperlukan di dalam industri terutama dalam industri pembinaan. Bagi saudara yang komen sebelum ini, beliau lebih menuju kepada bidang oil and gas. Mengikut pengalaman saya, bagi projek-projek oil and gas, 3S sangat jarang mendapat keperluan. Tetapi, tidak bermakna 3S (Yellow Book) tidak ada added value langsung untuk Fareadz ambil dan join oil and gas. Ada sesetengah projek oil and gas memerlukan SSS juga. Jadi jangan risau dengan keperluan SSS dalam industri oil and gas.
2. Bagaimana pula peluang pekerjaan untuk kursus 3S?
Secara amnya, peluang pekerjaan untuk SSS ini lebih tertumpu pada sektor pembinaan. Tetapi macam saya katakan, tidak bermakna sektor industri lain tidak memerlukan SSS. Fareadz kena usaha dapatkan seberapa banyak info dan cuba lihat pra-syarat untuk setiap jawatan yang ditawarkan. SSS masih laku dan banyak syarikat yang memerlukan kelayakkan SSS sebagai pembantu SHO. Jadi teruskan usaha Fareaz untuk mendapatkan SSS (Yellow Book).
Harap saya menjawab persoalan Fareadz. Ins Sha Allah saya doakan yang terbaik buat Fareadz dalam usaha mendapatkan SSS (Yellow Book) dan moga mendapat pekerjaan yang baik untuk Fareadz memperoleh rezeki yang Barakah.
Terima kasih.
Assalamualaikum tuan, sy syahirah.
Terima kasih atas perkongsian tuan, sgt2 membantu since suami sy dh apply utk mengikuti kursus SHO di NIOSH tetapi memandangkan pekerjaan beliau skrg tiada kaitan dgn bidang safety jadi pihak NIOSH maklumkan dia tidak layak utk sit for exam utk green book (kompeten).
Melihat pada step yg tuan kongsikan utk Cara 1; sejurus slps habis kursus seeloknya proceed apply kerja dlm bidang berkaitan safety, betul ke?
As for now bidang kerja beliau adalah automotif dan harapnya ada rezeki utk melangkah ke bidang SHO disebabkan minat.
Terima kasih.
Assalam Syahirah,
Terima kasih atas pertanyaan. Maaf, sebelum saya jawab soalan Syahirah, saya ada keliru sikit dengan pernyataan Syahirah “sit for exam untuk Green Book”. Dalam pengetahuan saya, untuk exam SHO, kelayakkan cuma perlu habiskan Kursus SHO sahaja. Saya anggap, pernyataan Syahirah dari NIOSH tu ialah, untuk memohon sebagai Orang Yang Kompeten SHO (Green Book) yang memang wajib mempunyai pengalaman menjalankan tugas seperti SHO.
Bagi menjawab persoalan Syahirah, ada sesetengah syarikat, dengan sijil kehadiran kursus pun mereka boleh terima untuk bekerja. Biasanya industri kecil-kecilan. Macam saya nyatakan, sebaiknya cuba juga mohon kerja (Cari pekerjaan yang Entry-level seperti yang saya nyatakan dalam posting saya), dalam masa yang sama habiskan juga peperiksaan SHO.
Jika sudah lulus peperiksaan SHO, peluang untuk masuk bekerja dalam bidang OSH lebih baik. Sijil lulus peperiksaan adalah lebih baik dari sijil kehadiran sahaja.
Tetapi ini adalah secara kelayakan, Ianya bergantung juga dengan kelayakkan yang diperlukan oleh industri-industri zaman sekarang & rezeki. Zaman sekarang juga, sangat kompetitif dan agak ramai yang mencari pekerjaan dalam bidang ini.
Harap saya menjawab pertanyaan Syahirah. Ins Sha Allah sama-sama kita berdoa mohon dimurahkan rezeki suami dalam mendapat kerja dalam bidang OSH yang diminati.
Assalamualaikum saya Farah.
Saya sedang bekerja dalam bidang lain sekarang, saya mempunyaI diploma sains dan dalam pada masa yang sama saya sedang mengambil ijazah sarjana muda pengurusan dan keselamatan pekerja di Open University Malaysia (OUM) secara separuh masa (part time). Jadinya, jikalau saya sudah habis pengajian nanti dan berminat untuk mendaftarkan diri sebagai SHO adakah saya perlu mengikut cara 2 kerana saya sudah memperoleh ijazah instead of diploma OSH ataupun saya perlu memulakannya menggunakan cara 1?
Waalaikumsalam Farah,
Terima kasih atas pertanyaan Farah dan Ya, Farah perlu mengikut cara yang ke-2. Maaf, baru saya perasan apa yang saya terangkan di dalam artikel saya itu tidak berapa lengkap. Saya akan update kembali bagi memudahkan Farah dan orang lain untuk rujuk kembali.
Dalam kes ini, Farah mempunyai ijazah dalam OSH dan telah melebihi apa yang diperlukan iaitu “MINIMUM Diploma OSH”. Farah tidak perlu mengikuti kursus SHO dan mengambil peperiksaan SHO seperti yang saya nyatakan di dalam cara 1.
Selepas tamat Ijazah, cari kerja dalam bidang OSH dan cukupkan 3 tahun. Baru lah boleh mendaftarkan diri sebagai OYK SHO.
Harap penerangan saya ini dapat menjawap persoalan Farah.
Terima Kasih.
Assalamualaikum, saya nak tanya kalau saya cuma ada kelulusan STPM tapi nak buat sijil ni, ada tak kekosongan pekerjaan utk saya yg cuma ada kelulusan STPM ? dan jenis kekosongan apa yg saya boleh minta utk kelulusan STPM dan sijil ni
Waalaikumsalam Sabb,
Terima kasih atas pertanyaan. Kekosongan apa yang awak boleh minta jika ada STPM & sijil SHO, sudah pastinya jawatan yang berkaitan dengan OSH. Sebagai contoh Safety Promoter, Safety Supervisor dan apa-apa yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tetapi ianya bergantung dengan pihak syarikat itu sendiri, mereka yang menetapkan kelayakkan bagi setiap kekosongan jawatan dalam syarikat.
Jadi, saya tidak boleh kata, dengan ada STPM & Sijil, boleh confirm dapat kerja. Ianya bergantung kepada diri sendiri, syarikat yang anda mohon kerja dan juga rezeki dari Allah S.W.T.
Harap dapat menjawab persoalan Sabb.
Terima kasih.
Salam.. Saya berumur 29 tahun (2020).. Adakah saya masih layak & sesuai untuk mengambil course SHO? Saya graduan sarjana komunikasi dari UUM.. Dah lama saya berfikir untuk lompat bidang.. Cuma saya tertanya2 & khuatir adakah SHO ini mudah dapat kerja atau sebaliknya..
Waalaikumsalam Mirul,
Terima kasih atas pertanyaan. Saya jawab mengikut soalan-soalan yang ditanya ya:
1. Untuk kursus SHO, tiada had kelayakan umur, ada beberapa kenalan saya yang berumur 40-an pun ambil kursus SHO di usia beliau. Jadi tiada masalah untuk Mirul ambil kursus SHO.
2. Mudah atau susah untuk dapat kerja sebagai SHO, adalah sangat subjektif. Jika Mirul cuba cari kerja dengan bidang yang ada pada Mirul di tempat kerja lain pun tidak bermakna mudah untuk dapat kerja juga. Dengan zaman sekarang yang tidak menentu ini, semua bergantung kepada diri kita dan juga Ins Sha Allah rezeki kita. Tetapi, “KITA TIDAK AKAN TAHU APA AKAN JADI KALAU KITA TAK CUBA. LEBIH BAIK CUBA DARI LANGSUNG TIDAK BUAT”.
Pendapat saya, jika Mirul ingin lompat bidang SHO, dapatkan seberapa banyak info tentang kekosongan kerja-kerja SHO. Untuk pengetahuan Mirul, pekerjaan SHO ini sangat diperlukan oleh kebanyakkan industri di Malaysia. Jika ditanya tentang prospek keperluan SHO dalam industri, Mirul boleh rujuk di dalam link ini : Prospek Keperluan SHO 2020.
Menurut NIOSH dalam link tersebut, industri-industri di Malaysia bagi tahun 2020 masih memerlukan hampir 12,000 orang SHO. Sekarang dalam market cuma ada lebih kurang separuh SHO yang berdaftar dengan DOSH.
Jadi, Mirul tidak perlu khuatir. Teruskan niat Mirul. Sambil berusaha, banyak-banyakkan berdoa dan mohon semoga dipermudahkan urusan.
Saya mendoakan semoga niat Mirul untuk menjadi SHO tercapai. Jika tidak ditakdirkan sebagai SHO pun, saya doakan semoga apa jua bidang yang diceburi akan diberkati dan diberi kemudahan olehNYA.
Harap pencerahan saya dapat memberikan manfaat kepada Mirul.
Terima Kasih.
Salam saya Awang morsal b Awang Biak bekas perkerja dalam bidang Oil and Gas sebagai Ahli Bomba dan terus ditugas sebagai Safety Assistance selama 20Tahun ada kah saya layak untuk memohon sebagai Safety site supervisor atau menduduki peperkasaan SSS.sekian terima kasih
Waalaikumsalam Tuan Awang,
Terima kasih atas pertanyaan tuan. Jika nak diikutkan, tuan memang layak untuk memohon SSS kerana Tuan sudahpun mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam Keselamatan & Kesihatan pekerja (KKP). Tetapi sebelum itu, tuan kena bezakan antara SHO (Safety and Health Officer – Green Book) dan SSS (Site Safety Supervisor – Yellow Book).
Pendapat saya, saya cadangkan untuk tuan layakkan diri memohon terus SHO. Kerana kelayakan SHO adalah lebih tinggi berbanding dengan SSS. Dengan pengalaman selama 20 tahun, tuan sangat lah layak untuk memohon SHO. Kebanyakkan Syarikat Oil and Gas pun memerlukan sijil Orang yang kompeten (OYK) SHO berbanding SSS.
Untuk menjadi orang yang kompeten (OYK), Tuan wajib mengikuti kursus SHO terlebih dahulu dan kemudian wajib lulus peperiksaan SHO.
Tetapi, jika tuan berniat juga untuk memohon SSS (not recommended), tuan juga wajib mengikuti kursus dan lulus peperiksaan.
Saya harap pencerahan saya ini dapat menjawab persoalan Tuan. Terima Kasih.