October 12, 2024
tangan seseorang yang sedang menjawab kertas peperiksaan

4 Kertas Peperiksaan Safety and Health Officer (SHO) Yang Anda Perlu Ambil Setelah Selesai Kursus

Sebelum anda teruskan bacaan tentang 4 Kertas Peperiksaan Safety and Health Officer (SHO), pastikan anda telah baca dan fahamkan terlebih dahulu posting saya sebelum ini tentang, 7 perkara yang anda perlu tahu tentang peperiksaan SHO.

Bakal-bakal calon peperiksaan SHO, anda perlu ambil dan lulus keempat-empat kertas peperiksaan SHO jika anda ingin mendaftarkan diri sebagai OYK SHO.

Dalam posting kali ini saya akan terangkan secara ringkas dan padat berkenaan dengan format asas setiap kertas peperiksaan SHO.

Pastikan anda baca dan fahamkan dari mula hingga akhir posting ini.

Saya mulakan dengan Kertas 1 dan Kertas 2 kerana format kedua-dua kertas ini adalah sama.


Kertas 1

  • Merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan Modul I (Occupational Safety & Health Management) & Modul II (OSH Legislation / Law);

  • Mempunyai 2 bahagian yang perlu dijawab:

Bahagian A (i)

Anda akan diberi kertas soalan bahagian ini terlebih dahulu dan wajib menjawab kesemua 20 soalan objektif (4 pilihan jawapan / A,B,C,D) dalam masa 30 minit.

Anda perlu pilih satu dan tanda jawapan  yang paling tepat di dalam kertas OMR yang disediakan.

Bahagian A (ii)

Selesai sahaja 30 minit pertama, anda teruskan menjawab soalan pada bahagian ini pula. 

Soalan-soalan pada bahagian ini ialah soalan subjektif.

Anda wajib menjawab kesemua 10 soalan dengan jawapan ringkas sahaja di dalam kertas jawapan yang disediakan.

Bahagian B

Bahagian ini pula, adalah soalan berbentuk essay atau jenis karangan. Dah namanya karangan, kena lah jawab panjang-panjang.. 

Anda diberi 1 kertas soalan dan 4 buku jawapan. 

Terdapat 6 soalan besar yang akan ditanya dan setiap soalan besar mempunyai anak-anak soalan.

Anda perlu jawab 4 soalan sahaja di mana, soalan 1 dan 2 adalah wajib untuk dijawab manakala anda perlu pilih lagi 2 soalan, pilihan sama ada soalan 3,4,5,6.

Kesemua 4 soalan harus dijawab di dalam buku jawapan yang disediakan dan masa yang diberikan untuk menjawab soalan untuk bahagian ini ialah selama 2 jam. 

  • Jumlah keseluruhan masa yang diperuntukkan untuk kertas ini ialah sebanyak 3 Jam. Nampak macam lama 3 jam tu, tetapi bila anda fokus menjawab, anda tak rasa pun masa itu berlalu.

  • Markah lulus bagi Kertas 1 ialah 50%.

Tip ringkas: Jawab soalan yang anda tahu dan yakin terlebih dahulu. Pastikan setiap isi atau point penting untuk setiap soalan, dinyatakan di dalam jawapan anda. Elakkan menulis ayat-ayat yang tidak berkaitan atau kata orang tu.. ‘jangan terlalu banyak menggoreng ayat’. Takut-takut, apa yang ditulis tiada satu pun isi penting yang tidak memberi markah.


Kertas 2

  • Format soalan Kertas 2 adalah sama seperti format Kertas 1. Jadi, tidak perlu saya jelaskan lebih lanjut.

  • Soalan-soalan yang ditanya pula meliputi Modul III (Occupational Health) dan Modul IV (Occupational Safety).

Bagi saya, kertas 1 dan 2 ini lebih berbentuk straightforward. Ianya seperti menjawab peperiksaan yang biasa dan kebanyakkan calon boleh lulus dengan mudah.

Tetapi, jika anda tidak sirius dan ambil remeh, anda mungkin akan berhadapan dengan kegagalan.

Oleh itu, pastikan anda study betul-betul setiap apa yang dipelajari di dalam kelas dan perbanyakkan buat latihan soalan-soalan past year.

Baiklah, kita teruskan dengan Kertas Peperiksaan SHO yang seterusnya iaitu:


Kertas 3

Format Kertas 3 pula, mempunyai keunikan tersendiri. Hanya 10 soalan yang wajib dijawab dan ia merangkumi seluruh topik dari modul I hingga modul IV.

Sedikit sahaja kan?

Yang menjadi uniknya ialah anda akan berpindah-pindah dari satu meja ke satu meja. 

Huh? Benda apa jawab exam kena pindah-pindah meja ini?

Yes! inilah salah satu keunikan peperiksaan SHO dimana setiap meja mempunyai satu soalan khusus dan anda perlu menjawab setiap satu soalan dalam tempoh masa 5 minit sahaja.

Anda akan bersilih ganti dengan calon-calon peperiksaan yang lain dari meja ke meja sehingga lengkap 10 soalan terjawab. 

Konsep peperiksaan yang dipalikasi adalah dipanggil Stesen Kemahiran atau Skill Station

Tak faham? Relaks…

Ikuti contoh yang saya terangkan di bawah:

Jika anda ditakdirkan untuk bermula di meja no. 7 (Soalan #7),  anda akan mula menjawab soalan yang ditetapkan untuk meja tersebut.


Anda boleh mula menjawab selepas dibenarkan oleh penjaga peperiksaan.

5 minit akan diberikan bagi setiap satu soalan. Kemudian, penjaga peperiksaan akan memberi makluman untuk calon-calon berhenti menjawab dan mula berpindah ke meja seterusnya.

Anda yang berada ni meja no. 7 (Soalan #7) sekarang akan berpindah ke meja no. 8 (Soalan #8) dan terus menjawab soalan yang ditetapkan di meja tersebut. 


Begitulah seterusnya sehingga anda menjawab kesemua 10 soalan. (Soalan terakhir anda adalah di meja no. 6 (Soalan #6)

Anda wajib menjawab kesemua 10 soalan di dalam kertas jawapan yang diberikan dan masa keseluruhan untuk menjawab kertas ini adalah sebanyak 60 minit. 

Anda mempunyai 50 minit untuk menjawab semua soalan dan 10 minit untuk menyemak semula jawapan anda. 

Oleh itu:

Pastikan anda sempat untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan tepat. Jika salah satu soalan tidak terjawab, anda perlu ingat sendiri soalan-soalan sebelumnya kerana anda tidak boleh lagi berpatah balik ke meja-meja sebelum ini untuk melihat semula soalan-soalan.

Markah lulus bagi kertas 3 ialah 55%. Jawapan anda perlu betul sekurang-kurangnya 5-6 soalan untuk lulus.

Kertas 3 ini boleh dikatakan agak mencabar dan menguji kecekapan kemahiran anda dalam menjawab setiap soalan.

Tetapi, antara Kertas 1,2 dan 3…

Yang menjadi cabaran dan menyeramkan bagi calon-calon peperiksaan SHO ialah Kertas 4

KEMASKINI (23 Jun 2020):

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak NIOSH, Peperiksaan SHO Kertas 3 sepanjang situasi COVID-19 akan di laksanakan tanpa berpindah meja atau stesen soalan.

Setiap calon akan menjawab di meja masing-masing dan video slaid akan di paparkan oleh pemeriksa untuk menjawab soalan.

Setiap video slaid atau soalan diberikan masa 5 minit dan soalan terakhir adalah 10 minit.

Harus diingatkan juga, calon peperiksaan harus membawa buku akta sendiri.


Kertas 4

Bahagian 1 – Workplace Assignment (WPA)

Untuk bahagian ini, anda perlu membuat satu laporan tugasan di tempat kerja pilihan anda. Laporan tugasan tempat kerja atau Work Place Assignment (WPA) tersebut perlu mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak NIOSH

Apa yang anda perlu lakukan untuk menyiapkan laporan tugasan tempat kerja ini?

Secara ringkas:

Anda harus pilih tempat kerja untuk anda buat kajian tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Kemudian, anda perlu kenal pasti hazard yang ada di tempat tersebut serta cadangkan langkah kawalan yang sesuai untuk mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wujud.

Boleh tahu macam mana bentuk format laporan WPA?

Untuk format laporan, saya akan kongsikan secara terpirinci di dalam posting yang akan datang. Di sini, saya hanya terangkan tentang format asas bagi setiap kertas peperiksaan SHO dahulu.

Setelah siap laporan, anda perlu hantarkannya kepada pihak NIOSH

Maklumat penting:

Laporan yang telah lengkap mesti dihantar melalui pos dan perlu sampai ke tangan pihak NIOSH sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh peperiksaan lisan Kertas 4 yang anda daftar.

Sebagai contoh, jika tarikh peperiksaan Kertas 4 anda adalah pada 23-24 Jun 2021, tarikh akhir NIOSH perlu terima laporan anda ialah 24 May 2021.

Gunakan masa sebaiknya untuk menyiapkan laporan tugasan tersebut.

Jika anda gagal untuk menghantar laporan dalam masa yang ditetapkan, laporan tersebut tidak akan diterima untuk disemak dan anda dikira gagal untuk bahagian ini.

Markah lulus ialah 55%.

Penyediaan laporan WPA ini sebenarnya menguji kefahaman anda serta mempraktikkan apa yang anda telah belajar di dalam kursus SHO.

Ianya mudah untuk disiapkan jika anda betul-betul faham konsep HIRARC yang anda telah pelajari.

Selesai hantar laporan, anda perlu membuat persediaan pula untuk pembentangan laporan kepada pemeriksa NIOSH pada tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan.


Bahagian 2 – Pembentangan Lisan / Oral Presentation

Bahagian inilah yang paling ditakuti oleh semua calon peperiksaan SHO. Macam-macam kerenah boleh muncul waktu ini. Perasaan takut, sejuk dan macam macam lah! Nervous nya memang tak boleh dibayangkan!

Saya pasti, anda pernah dengar pelbagai kisah senior-senior yang pernah melalui proses pembetangan WPA ini?

Tetapi, saya tidak mahu mengulas lebih panjang tentang pengalaman-pengalaman tersebut. Biarlah ia menjadi moment yang bermakna dalam kehidupan anda.


Untuk pengetahuan anda:

Selepas anda menyiapkan laporan tugasan tempat di tempat kerja, anda perlu menyiapkan slaid pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point berdasarkan laporan tugasan anda untuk dibentangkan kepada pemeriksa-pemeriksa. 

Anda boleh bentangkan laporan anda sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris mengikut keselesaan anda. 

Jangan lupa untuk menyediakan salinan cetakan (hardcopy) pembentangan slaid anda untuk diberikan kepada setiap pemeriksa-pemeriksa semasa di dalam bilik ujian.

Softcopy pula perlu dicetak kedalam komputer yang disediakan di dalam bilik ujian tersebut.

Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah selama 10 minit, dan 20 minit lagi adalah sesi soal jawab.

Markah lulus juga adalah 55%

Semasa pembentangan dijalankan, anda perlu anggap seolah-olah sedang membentangkan kepada pihak pengurusan syarikat anda bekerja. 

Dari sini, anda akan dinilai tentang kefahaman anda atas laporan yang telah disediakan serta tahap kemahiran penyampaian anda.

Sekaligus, pengalaman ini akan membantu meningkatkan keyakinan anda dalam setiap pembetangan laporan kepada boss-boss anda tentang keselamatan dan kesihatan tempat kerja suatu hari nanti.

KEMASKINI (23 Jun 2020):

Pembentangan laporan WPA tidak akan dilaksanakan di pusat peperiksaan sepanjang situasi COVID-19.

Ia akan dilaksanakan secara video atas talian dan tiada perubahan dari segi masa.


Secara kesimpulan:

Ini adalah format asas bagi setiap kertas peperiksaan SHO yang anda perlu ambil setelah selesai menjalani kursus SHO.

Setakat ini, belum ada apa-apa perubahan dari pihak NIOSH untuk format kertas peperiksaan SHO.

Jika ditanya sama ada soalan-soalan yang ditanya itu susah atau senang? Jawapan saya, ialah bergantung kepada individu itu tersendiri.

Paling penting ialah, anda perlu buat banyak ulangkaji dan fahamkan setiap modul yang telah dipelajari di dalam kursus.

Semoga perkongsian saya kali ini, dapat memberikan sedikit sebanyak idea tentang format asas kertas peperiksaan SHO dan suasana ketika anda menghadapi peperiksaan nanti.

Selamat maju jaya dan moga dipermudahkan untuk anda menjawab kesemua kertas peperiksaan SHO serta lulus dengan cemerlang.

Sumber : Format & Syarat Peperiksaan Safety And Health Officer (SHO) – Document No. 06/SHO/EQU/Ver04 & Kaedah Baru Peperiksaan SHO Ketika Situasi Covid-19
Kredit Foto : Nguyen Dang Hoang Nhu di Unsplash

Shahrul Reza

Seorang Safety and Health Professional yang ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang OSH, motivasi diri dan buah fikiran yang boleh memberi manfaat kepada semua pembaca.

View all posts by Shahrul Reza →

52 thoughts on “4 Kertas Peperiksaan Safety and Health Officer (SHO) Yang Anda Perlu Ambil Setelah Selesai Kursus

  1. Assalamualaikum, kalau saya telah hadir ke kursus SHO lebih daripda 3 tahun, saya masih layak untuk menduduki exam SHO? boleh tuan kongsikan saya soalan2 paper 1,2 & 3? terima kasih

  2. Assalamualaikum tuan, Boleh saya dapatkan contoh soalan past year SHO untuk persiapan saya exam. Terima Kasih Tuan.

  3. Assalamualaikum tuan, terima kasih atas info yg dikongsi. Boleh saya mohon beberapa contoh soalan past years SHO?

  4. Assalamualaikum tuan, terima kasih for sharing the knowledge! Boleh saya dapatkan beberapa contoh soalan past years SHO utk utk persediaan exam?

      1. Assalamualaikum Sir, thanks for sharing all the useful tips and information. Can i request a few contoh soalan past years SHO for preparation of upcoming exam?

        Your help and guidance is much appreciated. =)

      2. assalamualaikum tuan.. boleh sy dapatkan juga beberapa contoh soalan pass years untuk SHO exam ?? terima kasih tuan Shahrul Reza

  5. assalamualaikum tuan,klu sya dh ambil degree dlm bidang OSH ni…kena ambil.lg ke exam tuk dpt jd safety officer?

Anda dapat sesuatu? Tinggalkan komen anda disini